Cek Bayaran

E-mail Print PDF

  1. Berapa lama tempoh sah laku cek UiTM?
    Tempoh sah laku cek-cek UiTM adalah 3 bulan daripada tarikh dicatat pada cek. Sila "bank in" cek tuan/puan sebelum tempoh tersebut.
  2. Apa yang perlu dilakukan jika saya masih menyimpan cek yang telah tamat tempoh sah laku?
    Sila pulangkan cek tersebut kepada pihak kami (Pejabat Bendahari) untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman dan tindakan, sila "bank-in" cek tuan/puan sebelum tamat tempoh. Jangan dikumpul atau disimpan.
  3. Bagaimana jika saya gagal menunaikan cek yang saya terima selepas tempoh sahlaku?
    Cek yang tidak ditunaikan selepas 3 bulan, jika ada permohonan akan diganti semula. Bagi cek yang tidak ditunaikan genap setahun, jumlah dibayar akan dihantar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Tuan/puan bolehlah membuat tuntutan tersebut kepada Pendaftar Wang Tak dituntut. Untuk maklumat lanjut sila layari web:
    http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/khidmat.php.
  4. Cek saya telah termasuk dalam mesin basuh, bolehkan dapat gantian?
    Boleh, sila kemukakan permohonan untuk mendapatkan gantian cek baru. Pembayaran semula akan dibuat setelah dipastikan cek tersebut masih belum dilunaskan atau selepas 3 bulan tamat tempoh sah laku.
  5. Apakah dimaksudkan dengan cek rosak?
    Cek rosak bermaksud cek yang diconteng, dikoyak, terbakar atau ditandatangani oleh pegawai yang tidak dibenarkan.

 

<< Kembali >> List of FAQs

Penafian : Pejabat Bendahari UiTM Pahang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini